Total Pageviews

Sunday, February 13, 2011

Cuti seminggu yang sungguh mengasyikkan…wahhh…memang seronok kan bila ada kt rumah…start dari cuti sampai lah
mak aq tanya “ kakak, awak dah kemas barang belom??nak mama bantu tak?? ”
so dengan lurus bendul nya aq menjawab balik “ kemas barang?? Nak pergi mana?? ”
memang bodoh betol soalan tuuu kann…mak aq yang sporting ni (kadang-kadang je sporting) berkata-kata “ awak xnak balik ke Kelantan ke?? ”…aq tersengih-sengih tp dalam hati… “memang xnak pownn hahaha”…so bila korang da lama dduk di negeri orang dan bila first time dapat balik kerumah sendiri, memang terasa masa ni cpat je berlalu kan..aq nk tanya apa projek yang korang buat sepanjang cuti seminggu tu??? Mesti banyak menghabiskan beras kat rumah kan?? Malang betul mak bapak korang dapat anak yang macam korang ni..(cehh..cakap orang..diri sendiri lagi terok)..
anyway, cuti seminggu ary tu aq banyak menghabiskan masa diatas katil sambil membuka kilang sendiri…iaitu kilang tahi mata sdn.bhd…..part time job yang boleh menampakkan hasilnya apabila korang bangun dari tidur dan kemudian cuba korang belek mata…ha nampakkan..sejemput tahi mata yang ada kat celah2 mata tuu..xcaya???cuba try lepas ni…
selain itu, aq banyak menghabiskan di depan laptop dengan menonton cerita korea…memang besttt cerita tuuu….da la pakwe dorang encem2….pergghhh…(berangan jap)
selain menonton cerita korea, aq membuka laman web sesawang FACEBOOK atau nama melayunya muka buku( skema betol ayat minah nieee)..korang mesti ada facebook jugak kan…(TAKDE??) jgn tipu..tuhan marah taw…aq chatting ngan kengkawan yang aq sayang…memang sronok..on9 sampai pagi…kemudian tido…bangun nk dekat tengah hari…hisyhh2…memang boleh kena reject untuk dijadikan menantu…
“ NISAAAAAAA….bangun!!!(tu la menu sarapan pagi(pagilah sangat) yang setiap hari aq dengar pada hari cuti…
Rileks arr bukan selalu dapat bangun lambat ye x??jeles la toooo….so banyak kan kerja yang aq lakukan pada hari cuti…hehe…korang macam mana???

No comments:

Post a Comment